Saturday, February 03, 2018

Syafakallah Abang

Jujur, sungguh aku sememangnya memahami
Juga sedar dan sedia benar memaklumi
Bahawa derita yang sedang kau tanggung kini
Tidaklah seberat bahumu sendiri
Yang memikul segala perit serta peri
Mata-mata yang banyak duduk memerhati
Hanya mampu menoleh lantas memandang sepi.

Bertabahlah jiwa raga dan sanubari
Allah juga pengatur semuanya ini
Terus kuatkan semangat jati diri
Janganlah pula sesekali terlintas di nurani
Bahawasanya DIA tidak mengendahkanmu lagi.

Ujian yang Allah beri dan titipkan ini
Tandanya diri kau masih disayangi
Dinilainya pula dari segenap segi
Walau tubuh terbaring kaku sebegini
Walau tiada sebaris kata di bibir yang meniti
Semoganya kau akan sembuh kembali
Harapannya kau bangkit dan pulihkan diri
Seperti yang dulunya kami kenali
Serupa sejak dari azali.

InshaAllah, dengan izin-Nya duhai kekasih hati
Kami akan kekal menunggu dan setia menanti
Terus-terusan berdoa tanpa adanya henti
Meminta belas mohon untuk dikasihani
Buat kamu seorang lelaki nan berperibadi suci.

Rindu yang sarat dan kian melarat
Serasanya ah! semakin memberat
Sesaknya tidak terbayang
Semakin hari cuma buat aku semakin sayang
Tidak terhitung betapa banyaknya
Betapa kian menggunung hebatnya.

I wonder if you miss me as much as I miss you
Because I miss your everything my darling
Buah hati Cik Wati yang seorang ini
I Love you. Selalu. Tiada ragu.
Infinity. Begitu.

Kerana tiada yang lain bisa untuk jadi pengganti.

Even though we are miles apart, you are still a very important part of who I am. The distance means nothing. You still matter in my life.

InshaAllah, ada umur panjang kita bertemu lagi deh? Until we meet again, I will miss you Abe. I'm looking forward to see you soon. This I promise you.

Syafakallah Abe!

  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...