Posts

Showing posts from December, 2017

I Love You Selalu

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends,Macamana keadaan Yus sekarang ni? Apa khabar Yusram sekarang?
Seringkali aku ditanya soalan sedemikian. Tidak tahu bagaimana cara yang tepat untuk menjelaskannya. Untuk menjawab semua pertanyaan kalian. Adakah Abang sudah cukup sihat jika bila mana dia hanya mampu terbaring diam begitu? Terkadang tangan dan kalinya bergerak. Kadangnya tidak. Abang tidak mampu untuk bercakap. Untuk menelan pun sudah tiada daya dan upaya. Tiub disambungkan melalui hidungnya untuk diberikan makanan. Cuma susu semata. Kahak dan air liur disedut melalui lubang yang ditebuk di leher Abang. Kakak Ipar sudah mahir benar untuk melakukan proses ini kerana pernah berbuat yang sama semasa menjaga arwah ayahnya yang sakit kanser selama hampir 2 tahun sebelum ini di rumahnya. Kesan lekuk kerana tempurung kepalanya yang dikeluarkan sebahagiannya sebelum ini sudah semakin ketara kemiknya. Sekarang Abang sedang on antibiotic dalam tempoh sebul…

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Image
The paths change in life they are not the same
And rightly destiny is not to be blamed
But one thing is sure that the bond we share
Will never ever change in there
Coz I still love you the way you are
Coz you are still my life's shining star
My brother I love you a lot
And I miss being with you
And I miss your lovely thought!

Rindu

Image
Missing you is something that comes in waves. And tonight I am just drowning😢
Syafakallah Abang 💞

Sanah Helwah Adib Aqil

Image
Each and every single day from that day you were born, you have added a lot of amazing things into my life. I just can’t imagine my life without you.  Words are just not enough to express how much I love you, my dear son. Thank you for making my life complete, Happy Birthday my beloved son!

Sanah Helwah Nur Nisriina

Image
Whatever I did in my previous life must have been really incredible to have someone as wonderful as you as my daughter in this lifetime. Happy birthday, sweetie! I will always love you and be there for you.Sanah Helwah my sweetheart 🌸

Wad Neurosurgeri 1 7(B), Hospital Sungai Buloh

Image
Hangat tangan Abang membalas kembali genggaman tanganku. Kedua-dua belah kakinya kelihatan aktif bergerak-gerak tadi. Kedua-dua belah matanya terbuka seperti sediakala. Seperti sebelum Abang ditimpa sakit. Namun aku tidak pasti Abang mampu melihat aku yang datang atau pun tidak. Harapannya semoga Abang tahu. Abang sedar dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Adik serta keluarganya datang melawatnya hari ini.Even though there have been many times when I’ve taken you for granted, I want you to know that a brother like you is what I’ve always wanted.I love you Abe. Dulu. Kini dan untuk selama-lamanya.

Selera Ramai Ikan Singgang

Image
Dinner Ikan Singgang, Lidah Goreng, Ikan Rebus Goreng & Budu malam ni. Requested by Kakak Nur😘. Terima kasih Pak Long, Mak Long, Suda, Kak Jah & Abe Suffian sudi datang dinner with us. Lama dah kami tak berkumpul macam ni. Selalu berjumpa dengan mereka di Hospital Sungai Buloh kerana datang melawat Abang Cik Wati. Seronok benar berbual tadi. Tak puas rasa di hati. Suka berkumpul dengan adik-beradik macam ni. Kan korang?Semoganya nanti, Allah terus menumbuhkan rasa kasih sayang di antara kita. Ukhuwah yang mekar mewangi sepanjang masa. InshaAllah. InshaAllah.

PT3 2017

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Congratulations anak Ummi! 8A for her PT3 2017 (Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Lisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris Lisan, Sejarah, Geografi, Arab & Pendidikan Islam) Syukur Alhamdulillah! Semoga Allah permudahkan segala urusan pembelajaran Kakak Nur pada masa-masa yang akan datang juga. Berjaya di dunia dan di akhirat sana. InshaAllah. InshaAllah.I love you my sweetheart 😘. Thank you sayang.Yang paling Ummi tak tahan bila mendengarkan permintaan Kakak Nur as a present ialah, nak makan Ikan Singgang dan Lidah Goreng dekat Kg. Baru, Kuala Lumpur tu 😅. Boleh sangat-sangatlah lahai😂

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Image
Kak Shikin: Abang, bukalah mata. Abang sedar tak Wati datang melawat Abang ni?Abang: (membukakan matanya perlahan-lahan)Kak Shikin: Kalau Abang tahu Wati datang cuba Abang kelipkan mata tuAbang: (mengelip-ngelipkan matanya)Kak Shikin: Abang kenal ke Wati ni siapa? Kalau Abang kenal Abang keliplah mata.Abang: (mengelip-ngelipkan matanya sekali lagi)Sama juga keadaannya apabila my kids, Adib & Nur masuk melawat. Mereka excited sangat-sangat bila Pak Teh dok kelip-kelip mata camtu. Nur cakap, "comel aje Pak Teh tadi Ummi!" Haish anak Ummi yang sorang ni! 😄Abe, Wati pun happy sungguh tau Abe bagi tindak balas camtu. Semalam Wati datang Abang hanya membukakan sebelah matanya sahaja (yang tertutup sendiri before, sebelah kanan). Mata sebelah kiri pula asyik tertutup sahaja. Lepas tu tak bagi sebarang reaksi pun. Maybe Abang lemah sebab tidak diberikan makanan iaitu susu. Abang pun baru sahaja membuat CT scan sekali lagi sebentar tadi. Sebab doktor mahu mengenal pasti punca ke…

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends,Kesihatan Abang agak merosot sejak semalam. Perutnya tidak dapat menghadamkan susu sejak tiga hari yang lepas. Abang mengalami sesak nafas yang agak teruk dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen. Tekanan darah juga tinggi (160) dan akan membuat CT Scan untuk pemeriksaan paru-parunya pada bila-bila masa dari sekarang. Doktor pernah memberitahu kepada Kakak Ipar sebelum ini bahawa sekiranya blood pressure Abang semakin menaik, Abang sedang sakit. Kakak Ipar menyatakan kening Abang bercantum dan berkerut juga kedua-dua belah matanya terbuka luas dek kerana kesakitan. Alhamdulillah, bila Wati pergi melawat tadi, dada Abang sudah tidak berombak laju. Tidak lagi bernafas menggunakan bantuan machine. Abang cuma mampu membuka mata di sebelah kanan yang tertutup sebelum ini. Tangannya yang bengkak dan sembab kerana dimasuki air Wati elus perlahan. Pipinya yang semakin mencengkung wati cium bertalu-talu. Harapannya Ab…

Operation Theatre, Hospital Sungai Buloh

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends, Abang baru sahaja memasuki bilik bedah untuk procedure External Ventricular Drain (EVD).  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ “…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)Mohon doa berterusan dari kalian untuk Abang Yusram.Terima kasih banyak-banyak.

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Image
Cik Wati rasa sangat-sangat happy hari ini. Abang sudah boleh menggenggam juga menarik tangan Cik Wati tadi tau? Semalam Abang tidak mampu untuk berbuat sedemikian rupa. Minggu lepas pun tidak. Mata Abang di sebelah kanan yang tertutup sebelum ini pun boleh dibuka separuh tadi. Apabila tiba giliran anak perempuan Cik Wati masuk melawat pula, dia berkata, "tadi Pak Teh angkat tangan Ummi. Pak Teh angkatlah tangan Nur ni pula". Terus aje Pak Teh angkatkan tangan dia ha! Seronok tau ada tindak balas begitu walau setakat itu sahaja pun.Abang juga sudah boleh bernafas sendiri. Tidak lagi memakai alat bantuan pernafasan sejak enam hari yang lepas. Syukur, Alhamdulillah. Salah satu perubahan positif dari Abang 😍Abe kuatkan semangat okay? Cepat² sembuh iya? Ramai yang doakan Abe pulih semula ni. Wati sayang Abe banyak-banyak tau! 😍 Rindu sangat² ni sebab lama benar doh tok dapak nok kecek denga Abe. I just want to hear your voice Abe.

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Image
Abe, Wati balik dulu deh? Esok Wati datang melawat Abe lagi, okay? I love you Abe. You are the loveliest brother any one would ever had.

Junjungan Mulia by Al Mizan

Image
Junjungan Mulia by Al Mizan

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul’awal yang cerah
Dua puluh April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

cik wati & the gang , standard 5
someday in 1990 at  Sekolah Kebangsaan Kuala Krau

Salam Maulidur Rasul 1439H

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Salam Maulidur Rasul 2017/1439Hاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ“Ya Allah berikanlah rahmat kepada Muhammad, hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, hamba-Mu dan Rasul-Mu dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.”