Saturday, November 11, 2017

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Langkah kaki aku atur laju. Melangkah masuk ke dalam Ward 7B, Neurosurgeri Hospital Sungai Buloh dengan penuh debaran. Sudah seminggu lamanya aku tidak bertemu dengan abang. Dari jauh sudah kelihatan wayar yang penuh berselirat di kedua-dua belah tangannya. Tidak kurang juga dengan di bahagian dada. Kedua-dua belah mata abang separuh terbuka. Jahitan di atas kepala abang yang sudah tidak berambut itu aku pandang sekilas. Ternampak jelas bahagian yang sudah tidak punya tempurung kepalanya itu. Bukannya terasa takut, ngeri or whatever. Cuma lebih berasa kasihan terhadap abang. Allah! Apabila aku berkata, "Assalamualaikum Abe. Wati datang nak jumpa Abe ni." Seraya membacakan "Wakallamallahu musaa taklima" di cuping telinganya. Doa tersebut adalah dari surah An-Nisa' ayat 164. Kata Ustaz Sharhan Shafie, doa yang dibaca (Firman Allah) ini boleh dibacakan pada orang koma atau jatuh pengsan.

Caranya dengan membacakan doa tersebut pada air zamzam dengan diberi minum kepada pesakit (juga boleh disudukan) atau dibasahkan bibir pesakit dengan kapas supaya masuk ke mulut (basahkan dengan air zamzam yang dibacakan doa tersebut).

Atau kita juga boleh menyapu muka pesakit hingga ke ubun-ubun (tempat roh keluar) dengan air zamzam yang sudah dibacakan dengan doa tersebut.

Kita juga disarankan amalkan doa tersebut supaya dijauhkan dari tidak sedarkan diri atau pengsan dalam apa jua keadaan, in sha Allah. (Via bicaraneem.blogspot.my)

Abang terus memberikan tindak balas dengan cuba mengangkat tangannya, (masa ni aku berasa terkejut yang amat sehingga penuh girang berkata, Eh! Tangan Abe dah boleh bergeraklah!") Abang juga menggertakkan giginya, mulutnya berbunyi-bunyi seperti mahu berbicara, cuba untuk menggerakkan dan mengangkat bahunya. Dada abang turun naik ibaratnya seperti sedaya upaya menggagahkan dirinya untuk bangun. "Tak po Abe, Abe relax deh? Abe tak payah bangun. Abe rehat aje okay?" Sebelum itu, seorang nurse cuba memasukkan jarum di tangan kiri abang. Sepantas kilat abang menarik tangannya. Tidak mahu untuk dicucukkan jarum tersebut. Sehinggalah nurse menarik kembali tangan abang untuk dicucukkan jarum semula. Abe sakit ye? Abe tak sanggup nak rasa sakit lagi ye? Abe sabar ye? Doktor nak check nanti tu dalam darah Abe ada kuman. Doktor beri masa seminggu untuk nak periksa kuman jenis apa yang ada dalam darah Abe. Sebab Abe on off duduk demam tu. Abe bertahan deh? Abekan kuat? Abe sabar deh? Allah sayangkan Abe. Allah nak uji Abe ni. Ini bahagian Abe. Bahagian Wati tak tahu lagi Allah nak duga macammana pulak.

Kali ke dua masuk untuk berjumpa dengannya, aku mengatakan, "Abe kuat semangat okay. Inshallah Abe sembuh semula. Nanti Makcik datang lagi ye? Makcik sayang Abe banyak-banyak tau? Makcik nak turun dulu ni. Nanti Pakcik boleh naik atas tengok Abe. Sebab Pakcik tengah jaga Honey dekat bawah. Tiba-tiba kelihatan air mata abang mengalir keluar di tubir matanya. Allahu.

Abe ada sense! Syukur Alhamdulillah. Cuma Abe tak boleh nak bercakap saja. Mulut tu duduk terkumat-kamit acah-acah nak berkata-kata. Iya Abe. Abe relax aje. Wati tahu benda gapo hok Abe nok ghoyak tu. Lepah Abe sihak gak lepah ni, kito kecek tok berhenti deh?

Sorry deh Abe? Wati pergi melawat sekejap aje. Wati kena balik rumah sebab tinggal Adib dekat rumah tu. Dok study subject mathematics. Paper on next Monday.

Abe kuat semangat okay? I love you abe. Always 🤗

No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...