Wednesday, November 08, 2017

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Beratnya rasa hati untuk menulis kali ini. Untuk ke sekian kalinya, Wati memohon jasa baik kalian untuk terus mendoakan abang. Sepatutnya, sejak semalam lagi Wati sudah mengemaskini status semasa berkenaan kondisi abang. Namun tiada upaya dan kekuatan diri ini😧

Hari ni sebelum pukul 5.00 petang, doktor akan melakukan satu lagi procedure iaitu menebuk di bahagian leher abang bagi tujuan pernafasan (Trakeostomi). Trakeostomi merupakan satu prosedur pembedahan dimana satu bukaan pernafasan alternatif dibuat pada bahagian depan leher pesakit bertujuan untuk memasukkan tiub trakeostomi ke dalam salur pernafasan (trakea) bagi memudahkan proses pernafasan berlaku. Prosedur ini boleh bersifat sementara atau kekal bergantung kepada situasi masalah pesakit tersebut. Ini adalah kerana pernafasan melalui mulut tidak boleh digunakan terlalu lama kerana dibimbangi akan berlaku jangkitan kuman. Hasil scan pagi semalam doktor mengatakan sel otak di sebelah kanan sudah ada tanda-tanda untuk berlakunya strok. Anak mata di sebelah kanan pun sudah semakin besar. Mata di sebelah kiri pula seperti biasa.

Mohon doanya iya? Kasihannya abe. Sakitnya dia. Ya Allah! Kuatkan semangat ya Abe? Bertahan dan bertabahlah! Kami semua mendoakan abe pulih semula seperti sediakala. I love you abe 🤗. Always!

  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...