Posts

Showing posts from November, 2017

Operation Theatre, Hospital Sungai Buloh

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends, Sudah sebulan berlalu semenjak Abang menjalani pembedahan mengeluarkan sebahagian tempurung kepalanya ekoran saluran darah yang telah pecah pada 28.10.2017.Abang dijangka akan memasuki bilik bedah pada bila-bila masa sahaja dari sekarang untuk membuka jahitan bagi tujuan mencuci nanah di dalam kepalanya. Tiub yang dipasang di atas kepala Abang bagi tujuan mengeluarkan air dari dalam kepala juga sudah dijangkiti dengan kuman. Mohon kalian doakanlah Abang supaya selamat menjalani procedure ini dan dipermudahkan segala urusan untuk proses penyembuhannya semula. Terima kasih banyak-banyak.  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Abe sekarang suka main gigit² bibir iya? Dah macam bibir si Angelina Jolie dah tau Wati tengok tadi ha! Bengkaknya sangat lahai😢. (Sebenarnya Abe kejang. So dok gigit² bibir dia tu sampai berdarah²) Kakak Ipar bagitahu, semalam bengkaknya lebih teruk lagi juga dengan darah yang tak berhenti² menitis. Kami tak dapat nak pergi melawat semalam sebab suami Wati kurang sihat). Bahagian kepala di sebelah kanan sudah nampak sangat ketara kemiknya tu. (Bahagian yang telah dibuangkan tempurung kepalanya before). Di sebelah kiri kepala Abe nampak normal. Cumanya ada tiub yang ditebuk di bahagian atas kepala bagi tujuan mengeluarkan air. So far, air yang dikeluarkan dari kepala sudah berwarna jernih. Sebelum ini airnya bercampur dengan darah. Biar pun Abe cuma memberikan tindak balas dengan hanya mengelip-ngelipkan sebelah matanya sahaja, wati puas hati dapat cium pipi Abe berkali² tadi. (Kakak Ipar bagitahu semalam Abe tak tidur. Dengan matanya terbuka. Dengan kaki dok bergerak tergedik² camtu…

Selamat Pengantin Baru

Image
"Baraka Allahu Lakuma"We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close togetherWe're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
Let's ask Allah to make your love
Last foreverLet's raise our hands
And make du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice let's all say, say, sayبارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu lakuma
Wa baraka 'alaykuma
Wa jama'a baynakuma
Fi khayrMay Allah bless everything for you two
And shower His blessings upon the two of you
And may he bring you together
In everything that is goodFrom now you'll share all your joys
Through hardship support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasureWe pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grant you kids who'll make your home
Filled with laughterLet's raise our hands
And make du'a
Like …

Mumtaz

Image
Thank you Kakak Nur gembirakan hati Abah & Ummi hari ini. Nanti kita tunggu results PT3 keluar iya? Next year ada exam Sijil Menengah Agama (SMA). 2019 ada exam SPM pula. All the best then anak Ummi. Ummi tahu Kakak Nur sudah sedia maklum yang tanggungjawab Kakak Nur adalah untuk belajar dengan sebaik yang mungkin sekarang. Teruskan usaha.InshaAllah. InshaAllah. Congratulations sayang😘. I love you.

UPSR 2017

Image
[11/23, 1:11 PM] Yusram Yusof: Assalamualaikum. Alhamdulillah Amer dpt 1A, 1B, 4C UPSR. Esok dapat anugerah pelajar terbaik UPKK 8A, UPSRA dapat mumtaz dan ketua pengawas dekat sekolah agama.
[11/23, 1:11 PM] Yusram Yusof: Bagitahu kat ayah dia meleleh air mata.
Syukur Alhamdulillah. Abe seronok dengar khabar ni tadi iya? Amer (duduk paling hadapan) sekarang  menyambungkan pelajarannya di sekolah tahfiz bersama abangnya, Yusrizal (berkemeja putih). Belajar baik-baik iya anak-anak makcik ni? Kita doa sama-sama semoga ayah cepat-cepat pulih semula okay? InshaAllah. InshaAllah. 珞

Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Pada hari ini berlangsungnya event Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten di Dewan Tun Razak, Temerloh.Congratulations anak Ummi, Honey! Dapat top 3 students in her class (number 2). Ummi memang tak sangka pun dan parents diminta untuk naik ke atas pentas bagi tujuan menyampaikan hadiah dan sijil untuk anak masing-masing. Malunya Ummi tadi lahai😅. Nak kena naik pentas bagai.Anak Ummi buat persembahan menari tadi. Lagu Desa Tercinta by Nora. Comel aje anak Ummi dok menari-nari gitu😆Great event. Good foods😘. Thanks to all the teachers too. Saranghae ❤ teachers! Terima kasih banyak-banyak 😍.

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends,Di antara tempoh masa selepas Abang selamat menjalani pembedahan, hari inilah Abang kelihatannya segar. Fresh! Nampak sihat daripada hari-hari yang sudah. Syukur, Alhamdulillah. Abang juga sudah beralih katil. Tidak lagi berada di hadapan kaunter nurse yang sedang bertugas. Namun Abang masih bernafas dengan menggunakan bantuan oksigen. Abang ditempatkan di tingkat 7, Ward Neurosurgeri 7B, bed 23.Ada pada satu-satu masa, anak mata Abang tertancap kemas ke dalam anak mata Wati. Terus saja Wati bertanyakan Abang, "Abe nampak ni Wati datang?" Abang membalas dengan mengelipkan matanya. Allah. Tindak balas serupa itu pun sudah membuatkan adik Abang ini gembira. Tahu?InshaAllah, Wati datang melawat Abe minggu depan pula okay? I'll never leave you alone Abe. I love you. Always 💋Terima kasih banyak-banyak buat kalian yang sentiasa mendoakan Abang. Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian ini. T…

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

There's so many things that life is, and no matter how many breakthroughs, trials will exist and we're going to get through it. Just be strong.Abang sedar semasa Wati datang melawat tadi. Syukur, Alhamdulillah. Ini adalah kerana pada 2 hari yang lepas, Abang telah memasuki bilik bedah bagi tujuan menukarkan tiub di kepala (untuk membuang air di dalam kepalanya). Semalam dan pada hari ini, Abang demam pula. Tetapi keadaan Abang, duduk pejam dan celik mata macam tu sahajalah. Bila cakap, "Assalamualaikum Abe. Wati datang ni." Matanya terus membulat mencari arah suara adik dia ni ha! Tetapi tidak fokus memandang. Tidak tetap. Abang menghembus laju nafasnya melalui mulut. Apabila Wati memaklumkan kepada Abang,  Amer (anak bongsu Abang) telah mendapat tittle the best student, Mumtaz for PSRA di sekolahnya, Abang cuba untuk mengangkat bahunya untuk bangun. Sambil mencelikkan mata di sebelah kiri dengan lebih luas (mata di sebelah kanan hanya separuh terbuka) Dengan hembusa…

Senja Yang Suram

Image
Alam sudah semakin kelam,
senja kembali meniti suram,
semuram aku yang tidak lagi aman tenteram.
Ibaratnya lemas jatuh terselam,
Tenggelam nun jauh di lautan dalam.
Karam, tiada pula tangan yang sudi menggenggam.Sampaikan salam buat si malam,
semoga bertemu mimpi yang diidam.
Yang diharap-harap dan sudah lama agak terpendam.

Happy Wedding Anniversary Mr. Hubby!

Image
On our anniversary, I want to say thank you
For staying beside me all through these years.
You always understand my tantrums and bear all of my shortcomings.You are the sweetest, kindest and humblest person I’ve ever known.
I think I am the luckiest woman in the world because that person is my husband.You had turned my life to a poem.
And its rhythm makes my dears and nears
to rejoice ever and ever.For all the kisses and embraces we’ve shared,
for all the laughter and pain we endured,
and for the children that we have,
I love you so much!
We are stronger than ever and
let us continue to stay in love with each other.To the man I have chosen to love
And be with me for a lifetime, Happy 18th Wedding Anniversary!
I want you to know that words are not enough to say that I love you.
Let me kiss you instead!

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Langkah kaki aku atur laju. Melangkah masuk ke dalam Ward 7B, Neurosurgeri Hospital Sungai Buloh dengan penuh debaran. Sudah seminggu lamanya aku tidak bertemu dengan abang. Dari jauh sudah kelihatan wayar yang penuh berselirat di kedua-dua belah tangannya. Tidak kurang juga dengan di bahagian dada. Kedua-dua belah mata abang separuh terbuka. Jahitan di atas kepala abang yang sudah tidak berambut itu aku pandang sekilas. Ternampak jelas bahagian yang sudah tidak punya tempurung kepalanya itu. Bukannya terasa takut, ngeri or whatever. Cuma lebih berasa kasihan terhadap abang. Allah! Apabila aku berkata, "Assalamualaikum Abe. Wati datang nak jumpa Abe ni." Seraya membacakan "Wakallamallahu musaa taklima" di cuping telinganya. Doa tersebut adalah dari surah An-Nisa' ayat 164. Kata Ustaz Sharhan Shafie, doa yang dibaca (Firman Allah) ini boleh dibacakan pada orang koma atau jatuh pengsan. Caranya dengan membacakan doa tersebut pada air zamzam dengan diberi minum ke…

Anak Abah

Image
Abe, Abe ingat tak gambar ni masa bila? Wati ingatkan Abe semula deh?Gambar ni tahun 2013. Masa ni Ma dengan Abah duduk dekat rumah Wati. Kan Abah sokmo keluar masuk hospital hari tu? Abe pulak baru sampai dari Kuala Lumpur. Rehat sekejap, solat dan makan-makan, Abah mengadu tidak boleh nak membuang air kecil pula. (arwah Abah menghidap penyakit kencing manis. Abah telah pun meninggal dunia pada 7.8.2013). So, terus saja Abe bawak Abah pergi Hospital Temerloh. Tu Abe tengah menjinjing diapers Abah. Nasib baik, Alhamdulillah, urusan tak lama pun di hospital petang tu. Balik saja dari hospital, terus Abe dengan Kak Shikin mandikan Abah di luar rumah ni. Abah duduk atas kerusi, Abe dengan Kak Shikin jirus mandikan Abah. Dah bersabun dan shampoo memolek, dah wangi siapkan pakai baju pulak. Seronoklah Abah maso tu anok jate denga natu kelik caro ko dio gak😅. Abe cepat sedar deh? Cepat-cepat sihat okay? Wati sayang ko abe yus banyak-banyak tau? Abe jangan buat-buat lupa pulak tu🤗

Pergilah Dan Jangan Pulang Kembali

Image
Betullah seperti apa yang diperkatakan orang selama ini.Pada saat kamu ditimpa kesusahan, akan ada  manusia berhati mulia yang cuba menghulurkan bantuan. Tidak kira dari segi atau apa pun bentuk pertolongan yang diberi. Tanpa kamu sendiri menyangka mereka sudi untuk datang membantu. Sedangkan ada di antara mereka yang berada di kalangan kamu tatkala duduk bersuka ria dan galak bergembira, lenyap. Sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Walau hanya untuk bertanya khabar sepatah ayat cuma. Sudah menghilangkan diri entah pergi ke pelosok mana.  Aku pun tidaklah begitu pasti. Just like that! Hilang tanpa berjaya untuk dikesan jejak kaki.Terima kasih. Kerana menyedarkan aku. Memberi peringatan hebat sebegini. Silakan pergi dan tidak perlu mengetuk pintu lagi untuk pulang kembali. Aku sudah faham dan mengerti. Maklum benar dengan lagak dan tingkah laku yang sudah biasa menyakitkan hati.

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends, Wati baru sahaja menerima panggilan telefon dari Kakak Ipar, Kak Shikin @ Aziah Bakri di Hospital Sungai Buloh. Kak Shikin telah memaklumkan bahawa sel otak Abang di sebelah kanan sudah mati. Sudah kena stroke. Mata di sebelah kanan dari level 3, naik ke 4. Sekarang sudah level 8. Doktor memaklumkan harapan untuk mata di sebelah kanan pulih semula seperti sediakala amatlah tipis. Ini adalah kerana anak matanya yang semakin lama semakin membesar.Doktor akan memantau dahulu keadaan Abang untuk 2 ke 3 hari ini di dalam Intensive Care Unit (ICU). Sebab Abang masih belum sedar sepenuhnya sejak dihentikan bantuan pernafasan pada 2 hari yang lepas. Matanya kadang-kala terbuka dan berkelip, menggigit-gigit gigi, tangannya pula boleh menggenggam sedikit tetapi tidak boleh diangkat tinggi. Jika dipanggil namanya, abang tidak memberikan sebarang tindak balas. Abang akan membuka atau menutup matanya sesuka hati sahaja. …

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends, الحَمْد لله‎‎Kakak Ipar telah memaklumkan abang sudah selamat menjalani procedure Trakeostomi (Tebukan Pada Leher) selama setengah jam pada petang tadi. Abang sudah separuh sedar (namun masih tidak dapat memberikan tindak balas mungkin kerana kesan dibius) dan doktor akan memantau keadaannya sebelum boleh dipindah masuk ke dalam ward.Mohon doa berterusan dari kalian. Terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa berada di sisi pada saat-saat sukar kami sebegini. Baiknya budi kalian semua. Tidak terbalas akan kami atas jasa kalian mendoakan abang selama ini.  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends, Beratnya rasa hati untuk menulis kali ini. Untuk ke sekian kalinya, Wati memohon jasa baik kalian untuk terus mendoakan abang. Sepatutnya, sejak semalam lagi Wati sudah mengemaskini status semasa berkenaan kondisi abang. Namun tiada upaya dan kekuatan diri ini😧Hari ni sebelum pukul 5.00 petang, doktor akan melakukan satu lagi procedure iaitu menebuk di bahagian leher abang bagi tujuan pernafasan (Trakeostomi). Trakeostomi merupakan satu prosedur pembedahan dimana satu bukaan pernafasan alternatif dibuat pada bahagian depan leher pesakit bertujuan untuk memasukkan tiub trakeostomi ke dalam salur pernafasan (trakea) bagi memudahkan proses pernafasan berlaku. Prosedur ini boleh bersifat sementara atau kekal bergantung kepada situasi masalah pesakit tersebut. Ini adalah kerana pernafasan melalui mulut tidak boleh digunakan terlalu lama kerana dibimbangi akan berlaku jangkitan kuman. Hasil scan pagi semalam dokt…

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Dear families and friends,Keadaan abang masih sama seperti semalam. Doktor mahu menunggu abang untuk menggerakkan tangan dan kakinya. Doktor juga sudah mula mengurangkan penggunaan alat bantuan pernafasan terhadap abang. Syukur Alhamdulillah.Mohon doa berterusan dari kalian. Terima kasih banyak-banyak 🤗  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Dear families and friends,Quick update abang yusram hari ini, Keadaan abang masih sama seperti semalam dan sudah off semua ubat pada pukul 6.00 pagi tadi. Abang sedang bertarung nyawa untuk sedar semula. Doktor telah memaklumkan abang sudah mula rasa sakit sedikit. Sebab abang sudah mula untuk sedar kembali.Allah! Abe kuatkan semangat ya? Kami tak henti-henti mendoakan abe sihat kembali. Mohon doa berterusan dari kalian iya?Terima kasih.  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

SPM 2017

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎All the best anak Ummi untuk SPM esok. Ummi doakan Abang Adib berjaya di dunia juga di akhirat.  إن شاء الله‎‎ Good luck for all your efforts,
May you get what you truly deserve,
My good wishes are always with you,
Go for it!I love you so much 🤗

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends,Quick update for today;Syukur Alhamdulillah, keadaan abang masih stabil. Bagaimanapun, abang masih belum sedar dan doktor akan cuba untuk mengurangkan dos ubat tidurnya sedikit demi sedikit. Sekarang, abang bergantung pada alat bantuan pernafasan (ventilator machine) sebanyak 80%. Selebihnya, melalui paru-paru abang sendiri.Mohon doa berterusan dari kalian. Terima kasih banyak-banyak buat saudara-mara dan sahabat taulan yang datang bertandang. Sekurang-kurangnya kalian merasa apa yang sedang kami tanggung kini. Reda rasa di dalam hati dapat berkongsi saat-saat sukar ini bersama kalian. Terima kasih sudi bersusah senang bersama-sama.Abe kuat semangat okay? Kami semua mendoakan Abe. Sayangkan Abe. Bertahan. Just hang on in there. Keep on fighting 💪. Bak kata my best friend, Emy Omar, setiap penyakit ada penawarnya. Insya Allah. Insya Allah.

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Dear families and friends, Quick update kondisi abang yusram,Syukur Alhamdulillah, abang stabil sekarang. Doktor akan memantau dahulu keadaan abang untuk 2 ke 3 hari ini dan tiada apa-apa procedure lagi akan dilakukan terhadap abang pada masa yang  terdekat.Keep praying for him ya? Terima kasih di atas kiriman doa-doa kalian yang tak putus- putus untuk abang.  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)*👇 Video ini wati record pada hari jumaat minggu lepas (27.10.2017). Masa ni abang masih okay. Nampak sihat molek. Selera makan pun sudah baik. Boleh berbual, tersenyum ceria dengan saudara dan sahabat yang tak putus-putus datang melawat. Abang sakit semula sejak maghrib, sabtu yang lepas (28.10.2017). Kemudian pengsan pada awal pagi (29.10.2017) dan terus tidak sedar sehingga ke hari ini. Wati rindukan …

Broken Heart

Image
“Behind my smile is a broken heart, behind my laugh I’m falling apart. Behind my eyes are tears at night, behind my body is a soul trying to fight.”

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Dear families and friends, Quick update abang Cik Wati hari ini, Syukur Alhamdulillah keadaan abang stabil so far. Bengkak sudah kurang dan esok jika abang terus stabil, doktor akan buat coiling untuk menutup salur darah yang bocor.Pagi tadi abang mengalirkan air mata, isteri tercinta (yang menunggu penuh setia dan sabar dekat hospital sejak abang warded), sapukannya dengan penuh kasih sayang. (untuk info, abang masih belum sedar)Keep on fighting 💪 Abe. Just hang on in there 🤗. Abe kuat. Kuatkan semangat Abe okay? Ramai ni saudara-mara dan sahabat yang baik budi tak putus-putus mendoakan kesembuhan Abe. Hantar mesej dan telefon Wati untuk bertanyakan khabar abang hampir setiap hari tanpa culas pun. Semua sayangkan Abe. Semuanya tak sabar-sabar nak tunggu dan tengok Abe pulih dan sihat seperti sediakala. Terima kasih. Buat kalian yang tak jemu-jemu mendoakan abang. Kalian anugerah terindah yang Allah kirimkan untuk abang dan kami sek…

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Dear families and friends, Abang selamat menjalani pembedahan dan sekarang berada di Intensive Care Unit (ICU). Beliau stabil buat masa ini. Stay strong Abe. Kami semua doakan Abe sembuh semula. Insya Allah. Allah Maha Besar. Allah Maha Berkuasa menyembuhkan Abe kembali. Kami yakin Abe dapat harungi ujian yang Allah beri ini. Insya Allah. Abe kuat okay?Terima kasih di atas kiriman doa-doa kalian. Sangat-sangat menghargainya.