Sunday, October 29, 2017

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Alhamdulillah dimaklumkan, abang selamat dibedah pada petang tadi. Pembedahan bermula pada pukul 3.30 petang sehingga abang dibawa keluar dari operation theatre pada pukul 5.50 petang. Seterusnya abang dibawa ke Intensive Care Unit untuk rawatan lanjut. Setelah menunggu selama 1 jam, barulah kami berpeluang untuk masuk bertemu dengan abang secara bergilir-gilir.

Syukur Alhamdulillah, abang memberi tindak balas kepada kami adik-beradik apabila bercakap dan bersentuhan. Walau di dalam dada serasa mahu pecah dibuatnya apabila melihatkan abang terbaring dengan wayar sarat berselirat di tubuh dan kepalanya begitu, kami semua tidak menangis sebab mahu abang turut kuat. Mahu beri semangat kepada abang.

Doktor menyatakan tiada sebarang komplikasi yang berlaku sepanjang tempoh pembedahan. Namun demikian, abang akan menjalani satu lagi pembedahan yang lebih besar pada hari esok. Kami masih belum tahu waktunya. Pihak hospital akan memaklumkan kepada kami semula nanti.

Mohon doa berterusan dari kalian iya? Terima kasih banyak-banyak.

No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...