Posts

Showing posts from October, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-26

26102011 - 01112011

Bayi : Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Ibu : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini disebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

Sumber : Majalah Pa & Ma. Februari 2005.

Alhamdulillah. T sihat. Baru balik bercuti dari Langkawi & Pulau Pinang. Entry ketika bercuti akan diupdatekan kemudian. Terima Kasih.

ABANG SAYANG

Image
Assalamualaikum...

221011

Singgah sebentar di rumah abang T di Damansara Damai sebelum meneruskan perjalanan ke Penang. Sudah tiga bulan tidak berjumpa dengan abang walaupun dalam masa itu sudah beberapa kali jugak kami ke KL. Masa yang tidak mengizinkan untuk kami bertemu. Dapatlah melepas rindu barang sejam dua. Kakak Ipar sudah siapkan makanan for lunch jugak Laksa Lemak. Kami dah lunch di Temerloh (makan kenduri), jadi makan sedikit saja buat alas perut. Terima kasih Kak Kin! Masakan Kak Kin tetap sedap seperti selalu! I love my brother. I love my sister in law!



40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-25

19102011 - 25102011

Bayi : Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Ibu : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2005

T sihat alhamdulillah. Cuma dua tiga hari ni, tekak terasa kering sangat dan sering tersedak, terjelik lantas terbatuk-batuk. Sakit nak telan air liur. Emmm, kurang minum air masak ni kot! Baby pulak aktif bergerak. Barang baby satu apa pun belum dibeli lagi. Nanti-nantilah tu. Tunggu time mega sale ke. Dapat harga murah sikit. Mana yang kita boleh jimat, kita jimat. Kan B? Kan baby?

SELAMAT PENGANTIN BARU WAN & AMIN

Image
Assalamualaikum...

Hari ni kami menghadiri undangan majlis perkahwinan kawan T, Wan Azniza bersama pasangannya Mohd Amin di Dewan Serbaguna Taman Seri Semantan. Tahniah buat kedua mempelai. Kak T doakan jodoh kalian akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga Allah S.W.T memberkati hidup kalian berdua. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima Kasih ye Wan, sudi menjemput kami meraikan hari bersejarah kamu! Berseri-seri kamu tadi. Cantik dan manis sekali. Jaga cik abang baik-baik ye? :-D



Preggy mommy tengah dok tayang hadiah. Cari hadiah di The Store Temerloh tadi sebelum ke sini. Harap Wan suka ye hadiah yang Kak T beri?



Baru sampai di dewan




Gulai Ikan Talang Masin dia sedap. Bubur Kacang panas-panas. Alhamdulillah.



40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-24

12102011 - 18102011

Bayi : Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.

Ibu : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kencing manis atau diabetis pada minggu ini.

T sihat Alhamdulillah. Baby makin aktif bergerak. Menendang-nendang. Kalau dia diam, T tegur tanya dia tengah buat apa, sepantas kilat dia tendang T. Nak jawab dia ada tu. Hehe.. Anak Ummi.. Tak sabar Ummi nak tunggu kamu lahir baby!

KUBAWA HATI INI

Image
Assalamualaikum...

10102011

Layan novel ni sambil dok makan-makan jugak. Tapi taklah makanan ni dihabiskan semua sekaligus. Pepalih yek awok? Ate melampau benor tu. Hehe...




Kek Coklat yang dikirimkan oleh Nona Diva oleh suaminya. Tq Nona. Sedap rasa kek ni tau! Teruja preggy mommy dok makan.



12102011

T masakkan lagi Puyuh Tiga Rasa di atas permintaan anak-anak. Sementelah Mr. Hubby ada urusan kerja di KL. So, masak sejenis lauk saja. Makanlah kami tiga beranak ni. Alhamdulillah.



SARAPAN DI MANA?

Image
Assalamualaikum...

09102011

Pagi ini Ma masak Nasi Goreng, Nasi Lemak dan Air Teh 'O'. Selepas bersarapan kami pun pulang ke Temerloh. Bersantai berehat di rumah saja.




TANJUNG LUMPUR, KUANTAN

Image
Assalamualaikum...

08102011

Dari Dewan Kastam, kami gerak ke Tg. Lumpur. Misi mencari seafood yang dicelup tepung. Ada kat satu gerai yang famous di sini. Gerai Pok Su. Sebelah Balai Polis di Tg. Lumpur ni. Kemudian, kami tapau bungkus makanan dan bawa ke rumah kawan Hubby di Taman Astana Permai. Minum petang di sini. Ajak seorang lagi kawan kami datang berkumpul sama. T berkawan sama dengan isteri-isteri kawan Hubby, Suzy dan Nona.




Nona Diva nak balik dulu. So mari kita ambil gambar bersama. Masa ni perut agak tidak kelihatan. Akan tetapi...



Ye! Perut semakin menonjol di dalam gambar ini. Sayang kamu Nona Diva. Dia salah seorang sahabat T yang memahami. Paling cool dan best sekali!




Anak dara T...




Dinner dalam pukul 6.30 petang dan kemudian kami gerak balik ke Kuala Krau. Bermalam di Kuala Krau sambil nak menghantar Emak dan Mak Su. Terima Kasih tuan rumah! Melayan dan memasak buat kami. Tqvm Suzy!



SELAMAT PENGANTIN BARU YANA & ZUL

Image
Assalamualaikum...

08102011

Kami bersarapan di Temerloh sebelum ke Kuantan. Makan pagi di gerai Mok Nab di Taman Seri Semantan, berhadapan Dewan Orang Ramai. Sampai di Kuantan, kami ke East Coast Mall. Cari hadiah buat pengantin baru, Yana dan Zul.



Dalam pukul 1 tengahari kami sampai di Dewan Makmur Ar-Rahman di Perumahan Kastam Sultan Hj Ahmad Shah, Bukit Pelindung. Berselera kami dok makan. Nasi dan lauk-pauk kenduri semuanya sedap-sedap belaka.




Pengantin baru tiba selepas waktu Zohor. I malu nak naik atas pelamin. Biarlah mereka bergambar bersama ahli keluarga saja. Dapat di hadapan pelamin ni pun cukuplah. Oh by the way, Yana ni adik angkat T. Sama-sama belajar dengan adik T di UITM Jengka dan UITM Segamat. Insya Allah, 24102011 ni mereka sama-sama akan berkonvo menerima Ijazah di UITM Shah Alam. Tahniah buat Yana, Asmidar dan kawan-kawan seangkatan dengan mereka ye?




Bersama Ungku Nafeesah. Salah seorang kawan adik T.




Sempat bergambar dengan pengantin di meja makan ni. Tapi guna camera …

KAD UNDANGAN PERKAHWINAN

Image
Assalamualaikum... Kami suami isteri menerima 4 kad undangan perkahwinan yang bakal berlangsung sepanjang bulan ini. Semua ini adalah jemputan daripada kawan-kawan kami. Terima kasih kerana sudi menjemput ye? Selamat Pengantin Baru diucapkan buat pasangan mempelai. Cantik-cantik design kad mereka dan yang terkesan di hati ialah apabila melihat kad undangan ala-ala "Facebook"! Suka sangat melihatnya. Sempoi but so romantic. Kata-kata yang tercatat di atas kad, "Telah. Ditakdirkan. Untuk. Kami. Bercinta. Bahagia. Dan. Terus. Bercinta. Selamanya." Ah! So sweet right?

40 MINGGU NAN AJAIB - Minggu Ke-23

03102011 - 09102011

Bayi : Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan stetoskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Ibu : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai 'oedema'.

T rasa sihat Alhamdulillah. Cuma kadang-kadang bila rasa malas tu datang, apa lagi berlingkau tidur buat tahi mata! Sebab malas mahu berbuat apa-apa. Rasa nak relax bersantai di pembaringan saja. Paling tidak habiskan masa dengan menonton rancangan tv Astro atau membaca majalah Pa & Ma. Haish!

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2005