Posts

Showing posts from September, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB - Minggu Ke 22

26092011 - 02102011

Bayi : Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Ibu : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Setakat hari ini, T sihat Alhamdulillah. Cuma tak boleh rasa penat. Semput dibuatnya. Kena cool dulu. Tak boleh rushing nak buat kerja itu ini. Walau tak bekerja tetapi duduk di rumah pun kerja tak habis-habis. Ada saja yang mahu dilakukan. Perangai T tak boleh tengok rumah bersepah. Mulalah tak senang duduk. Rumah berkemas baru boleh bersenang-lenang nak rilex-rilex pun. Korang pulak macammana?

IMRAN ZEN

Image
Assalamualaikum...

25092011

Dah siap dinner, borak-borak, gelak-gelak, layan bola bersama di Selayang, kami gerak ke rumah adik ipar di Subang Suria, tidur di situ.

Ini adalah sarapan kami di pagi Ahad. Nasi Lemak dan jugak Roti Canai. Makanan tipikal pilihan rakyat Malaysia. Kenyang. Alhamdulillah.




T bersama rombongan "Cik Kiah" ke Jalan TAR. Singgah membeli tudung di De Salma dan kemudian ke Sogo. Cari barang dapur sikit. Tak ada shopping-shopping ok. Cuci mata saja. Tengok orang lain kemaruk macam apa kat bahagian bawah tu mencari baju, pakaian dan hand bag. T dan suami turun ke bawah untuk mencari sedikit barang runcit. Siap cari barang, kami terus ke UKM, Bangi. Hari Konvo anak saudara Mr. Hubby, Imran Zen. Mendapat Ijazah di dalam pengajian Sains Politik. Tahniah Im!




Anak-anak di Jalan TAR




Selepas makan tengahari di Kafe UKM.




Kami sekeluarga yang berbangga dengan kejayaanmu Im! Kami semua sanggup "turun" dari jauh hendak meraikanmu!






Usai majlis, kami pulang ke Selaya…

KL - BANGI - SELAYANG - SUBANG

Image
Assalamualaikum...

24092011

Kami ke KL hari ni. Muka tak sabar preggy mommy nak g makan sarapan di Mc'D Genting Sempah! Ngeeee...





Okey. Kami bersarapan dulu ye? Dah lama tak pekena makan pagi di Mc'D!





Nur minta ditambah lagi pan cakenya. Juga Bubur Nasi.





Adib dan Milo Mc flurrynya.





Perjalanan diteruskan ke Jakel KL. Cari kain cotton untuk dibuat blouse preggy mommy!





Cukuplah 4 helai sahaja kot. Japanese Cotton dan English Cotton. Suka kain cottonnya. Sangat cantik dan sungguh menarik.





Em. Plan nak makan di Restoran Garuda Emas di Kg. Baru. Masakan Padang tetapi diubah di saat-saat akhir kerana sepupu Hubby mengajak kami ke open housenya di Bangi. T makan Nasi Ayam, Laksa Lemak Kelantan, Kek Coklat, Satey bersama Kuah Kacang, Nasi Himpit dan Air Masak. Alhamdulillah. Kenyang amat! Terima kasih ye tuan rumah!





Dari Bangi, kami ke Subang Suria. Rumah Adik Ipar. Kemudian ke Selayang. Rumah Abang Ipar T pula. Dinner di rumah Abang Long dan Kak Long malam ni.





Sebelum ke rumah Abang Ipar, singg…

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke 21

Image
** Masa T pregnantkan Adib dan Nur, T minum susu Anmum. Tu yang berat naik sampai 20kg ++ every pregnancy. Mengandung kali ini T tak minum susu Anmum pun. Berat pun baru naik 6kg saja setakat mengandung ni. Dulu-dulu bila dah beli susu, isikan borangnya untuk tebus barang-barang Anmum seperti baju di atas, frame gambar dan pelbagai lagi signature Anmum. Balik ke Kuala Krau baru-baru ni T terjumpa baju ni. Adib dan Nur pakai ketika mereka kecil dahulu. T ada banyak koleksi baju ini tetapi cuma ini yang tinggal. Yang lain mungkin kotor dan ada juga T berikan kepada orang lain. Baju anak-anak ketika baby semua dah tiada. Sudah disedekahkan kepada anak orang lain. So, baby dalam perut nanti, tunggu Abah dan Ummi belikan baju baru okey. But not now sayang, masih terlalu awal lagi. Tapi yang pasti, Ummi tak sabar-sabar menantikan detik dan waktu Ummi dok memilih barang-barang baby nanti tau! Tak sabar! **

19092011 - 25092011


Bayi : Si kecil kini sebesar sebiji pisang yang besar. Sudah besar b…

KENDURI KAHWIN -VS- OPEN HOUSE

Image
Assalamualaikum...


17092011


Dari Kuantan, kami ke rumah kawan Hubby di sekitar kawasan perumahan kami. Sempat bergambar bersama-sama dengan mempelai dan kawan Hubby. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat. Bahagia untuk selamanya. Amin.




Sedap nasi lauk kenduri. Alhamdulillah.



Kami kemudiannya ke rumah kawan Hubby. Open House Hari Raya. T makan Nasi Dagang sikit dan jugak Air Oren Sunquick. Dah kenyang sangat dah. Tak mahu makan banyak-banyak.





Yang berambut panjang berbaju melayu hitam tu, Ebby Saiful. Pelakon penyanyi terkenal zaman 80'an dulu. Yang berbaju kurung hitam itu adalah isteri beliau. Dia adalah kawan kepada tuan punya rumah. Tengah dok busy memasak Rendang Ayam masa ni.




Sempat mengambil gambar bersama Ebby Saiful. Cool orangnya. Teringat aksi lakonannya di dalam filem Marah-Marah Sayang dan Ali Setan.




18092011

Untuk tengahari, T cuma masak nasi, goreng Puyuh Berempah dan juga Sambal Buah Mangga Muda. Untuk minum petang T mas…

DUTA SANDS BEACH RESORT

Image
Assalamualaikum...

16092011

Balik dari tempat kenduri, kami singgah di Kerteh. Singgah beli burger di Mc'D. Tapau saja makan di dalam kereta. Sampai di area Beserah, Mr. Hubby singgah cari bilik. Di Duta Village Beach Resort semua bilik sudah habis dibooking. So kami ke sinilah. Duta Sands Beach Resort. Tinggal pun cuma dua bilik saja. Pertama kali singgah tidur di sini. Sampai pun dah nak masuk waktu Maghrib. Badan dah penat giler. So, kami bermalam di sinilah. Rest and Relax.





Dinner. Minta Mr. Hubby tapaukan saja. Kami dah tak larat nak keluar. Nasib Alhamdulillah. Semua makanan berasa. Sedap.




17092011

Sudah pagi. Aktiviti di pagi hari ialah berjalan-jalan di persisir pantai ye adik kakak!




Kawasan sekitar chalet




Sudah sampai di pantai. Seronoknya dapat berjalan-jalan menghirup udara segar di sini. Sempat pulak berbual-bual dengan seorang makcik dan seorang kakak yang amat peramah tu. Silap T tak ambik gambar atau no telefon mereka. Sampai sekarang rasa menyesal coz mereka sangat baik d…

SELAMAT PENGANTIN BARU NAN-LIZA

Image
Assalamualaikum...

16092011

Sekitar jam 3.00 petang, kami ke rumah pengantin perempuan. Ini adalah rombongan dari pihak lelaki. Kaum kerabat T.



Di dalam rumah nenek pengantin perempuan




Nan sepupu T bersama isterinya, Liza. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat. Amin.




Mr. Hubby sedang menunggu giliran mengambil makanan. Tengoklah senyumannya tu. Manisnyalahkan?




Lauk kenduri



Bergambar bersama pengantin baru selepas siap makan bagai. Kami pun terus berangkat untuk pulang.



SINGGAH INAP -2-

Image
Assalamualaikum...

16092011

Pagi-pagi kita keluar jalan-jalan di tepi pantai yang terletak berhampiran homestay ni ye abang kakak? Pantai ada di seberang jalan homestay ini saja. T letakkan sekali no telefon di sini jika ada kalian yang berminat untuk menginap di sini.




Dok ambik gambar saja di kawasan pantai. Tak mandi. Ombak kuat. Lagi pun ada terletak larangan untuk mandi di kawasan pantai ini. Tahun lepas kami pun ada ke mari. Tapi masa tu kami menginap di Mayang Sari Resort. Masa tu nak menghantar anak saudara Hubby ke Politeknik Dungun. Ha! Kalau nak tahu, homestay ni terletak berdekatan dengan Mayang Sari Resort inilah.



Untuk bersarapan, kami dijemput ke rumah sepupu lelaki T di sini. Rumahnya berdekatan dengan kawasan homestay. Dia ada mengajak kami tidur di rumahnya, tapi kami jawab tak apa sebab kami dah ambik homestay. Lagi pun kami tak mahu menyusahkan sesiapa. Isteri sepupu sediakan Mee Hoon Goreng. Lagi ada Nasi Dagang, Nasi Berlauk dan Keropok Goreng. Kenyang kami dok makan.…